Thursday, September 4, 2008

art in life rohasmezan

art in life adalah satu bidang kajian seni halus mengalir dalam arus kehidupan. Ada manusia yang sedar dan ada yang tidak sedar seni halus itu ada dalam diri mereka. Seni halus adalah perasaan keindahan yang amat sensitif dengan keadaan sekelilingnya. Setiap fenomena yang berlaku akan menjadi punca tindak balas antara objek ke mata, mata ke minda, minda ke hati, hati ke fizikal manusia. Bagi seorang artis seni rupa, bukannya artis yang menyanyi. Itulah masalahnya kalau mengunakan istilah artis. Masyarakat akan memahaminya sebagai penyanyi atau pelakon.

Bagi seorang artis seni rupa iaitu seorang insan yang menghasilkan karya seni halus. Mereka akan bertindak balas terhadap fenomena yang terjadi di sekeliling mereka. Mereka akan membuat kajian tentang fenomena tersebut, menghasilkan lakaran, melakar imej, dan mengaplikasi media pada karya seni halus. Bagi masyarakat yang belum mengenali artis seni rupa, mereka adalah seorang insan yang belajar melukis secara formal dan tidak formal. Ada juga yang menjadi aktiviti melukis sebagai hobi atau sampingan kerana mereka tidak seterkenal artis seni rupa di peringkat negara dan dunia yang dapat melukis sepenuh masa serta berpendapatan tetap. Seni halus mempunyai pelbagai maksud antara ialah karya seni yang terdiri dari arca, catan, lukisan dan cetakan.

Artis seni rupa meluahkan isi hati mereka pada karya seni halus. Mereka ingin berkongsi perasaan tersebut dengan penghayat seni rupa atau masyarakat. Mereka ingin dihargai dan difahami. Tetapi masyarakat yang tidak memahami seni rupa mengkritik hasil seni yang mempunyai pelbagai aliran seni. Ramai yang mengatakan karya seni rupa buruk, senang dihasilkan dan susah untuk difahami. Mereka seharusnya berjumpa dengan artis seni rupa tersebut dan bertanya apa yang mereka tidak faham tentang karya seni halus tersebut. Barulah mereka akan faham apa isi hati artis seni rupa dan kenapa mereka menghasilkan karya seni halus sebegitu rupa.

Bagi masyarakat mereka sewajibnya pergi ke galeri dan balai seni lukis negeri serta balai seni lukis negara untuk melihat dan menghayati karya seni halus. Mereka perlu tahu apa yang ingin disampaikan oleh setiap artis seni rupa. Kalau artis penyanyi atau pelakon tidak perlulah pergi galeri atau balai seni lukis kerana muka mereka hari-hari kita tengok di kaca televisyen. Itulah sebabnya masyarakat wajib pergi ke galeri dan balai seni lukis.

Untuk membaca karya seni rupa, anda perlu melihat kepada tajuk karya. Tajuk karya adalah proses awal untuk memahi karya seni rupa. Kemudian lihat karya tersebut dan kaitan dengan tajuk karya untuk memahami mesej atau isi hati pengkarya atau artis seni rupa. Jika pelukis adalah beraliran semi abstrak atau abstrak anda perlu mengkaji pengunaan unsur dan prinsip seni reka untuk memahami karya seni halus tersebut. Di dalam unsur seni reka terdapat garisan, rupa, jalinan, bentuk, warna dan ruang. Dalam prinsip seni reka terdapat prinsip harmoni, prinsip seimbang, prinsip pergerakan dan irama, prinsip dominan, prinsip kontra dan prinsip kesatuan. Contohnya penggunaan unsur garisan yang kasar, berserabut, tidak tentu hala menghasilkan prinsip pergerakan dan irama kerana pengulangan pengolahan garisan memberikan impak kepada mata merasakan ia bergerak. Pengkajian ini adalah kajian formalistik atau kajian bentuk karya atau kajian tersirat iaitu kajian luaran karya untuk memahami karya.

untuk memahami isi atau makna atau maksud karya kita harus membuat kajian dari segi pksikologi, sejarah, ekonomi, politik dan sosiologi. Selalunya pksikologi menjadi tarikan utama kerana ia melibatkan perasaan artis seni rupa. Dalam pksikologi kita dapat merasai perasaan pengkarya dengan penggunaan imej dan teknik penghasilan karya jika karya adalah semi abstrak atau abstrak.

No comments: